suria

Taufan Roke Kini Menghala Zon Tsunami Jepun

TOKYO: Satu taufan kuat kini dikesan sedang menghala ke zon bencana tsunami di Jepun pada Rabu, termasuk di kawasan loji nuklear yang pernah bocor akibat gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.

Taufan Roke berkenaan dilaporkan amat kuat dan besar kesannya sehingga pihak berkuasa diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi pemindahan lebih satu juta penduduk di kawasan terbabit.

Malah, sebelum taufan ini membadai, akhbar Yomiuri melaporkan setakat ini empat orang dilaporkan maut manakala beberapa lagi hilang selepas dihanyutkan arus sungai berikutan hujan lebat. Ribut petir diramal berlaku di sekitar pesisir pantai barat daya Jepun lewat hari ini sebelum mengkala ke timur laut Tokyo dan ke Wilayah Tohoku.

Sementara itu, jurucakap Electric Power Co, Takeo Iwamoto, berkata loji nuklear Fukushima Dai-ichi yang kini kembali beroperasi tidak terdedah kepada ancaman taufan berkenaan. - AP

Artikel Sebelum

Taufan Roke Landa Jepun, 10 Terbunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain