suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Pengikut Syiah Dibunuh Di Pakistan

QUETTA (Pakistan): Sekumpulan lelaki bersenjata telah melepaskan tembakan ke arah sebuah bas yang sarat dengan pengikut Syiah - membunuh sekurang-kurangnya 20 orang penumpang bas berkenaan, 50km dari sini.

Quetta adalah ibu negeri Baluchistan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Saeed Imrani memberitahu agensi berita AFP, kumpulan lelaki bersenjata itu pada mulanya menahan bas tersebut yang sedang dalam perjalanan ke Iran untuk menghadiri satu majlis keagamaan. "Mereka kemudiannya melepaskan tembakan ke arah bas tersebut. Dua puluh orang telah disahkan terkorban dan kami tidak tahu berapa ramai lagi yang tercedera," kata Imrani.

Perbalahan antara penganut fahaman Syiah dan Sunni sering tercetus di Baluchistan yang kebanyakkan konflik berkenaan berakhir dengan pembunuhan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain