suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Kuat Landa India & Nepal: 19 Maut

GUWAHATI: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan timur laut India petang Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang maut termasuk tiga yang tertimbus dalam runtuhan bangunan di Kedutaan Britain di Nepal.

Gempa bumi itu dirasai hampir di semua wilayah selepas ia menggegarkan wilayah di pergunungan Himalaya, Sikkim yang bersempadan dengan Nepal, Bhutan dan Tibet pada kira-kira jam 6.10 petang waktu tempatan. Pusat gempa ialah kira-kira 60 kilometer barat laut ibu negeri Sikkim, Gangtok dengan kedalaman 19.7 kilometer.

Ketua Setiausaha Wilayah Sikkim, Karma Gyasto, berkata kira-kira 60 orang mengalami kecederaan di sekitar Gangtok akibat tanah runtuh, sisa runtuhan dan bangunan runtuh manakala bandar itu terputus bekalan elektrik.

"Tiada bekalan elektrik dan semua orang berada di atas jalan raya," kata seorang penduduk. - AFP

Artikel Lain