suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1.7 Juta Manusia Dipindahkan Di China Ekoran Banjir Besar

BEIJING: Sekurang-kurangnya 1.7 juta penduduk terpaksa meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka ekoran banjir yang sedang melanda sebahagian besar China sekarang.

Hujan lebat tanpa henti telah melanda sebahagian besar utara, tengah dan barat daya China.

Di Wilayah Sichuan sahaja lebih 600,000 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat selepas sungai terpanjang di China, Sungai Yangtze melimpah.

Angka rasmi kematian pula setakat ini telah meningkat kepada 70 orang manakala 32 lagi dikategorikan sebagai hilang.

Lebih 120,000 buah rumah telah musnah dan jumlah kerugian setakat ini telah ditafsirkan sekitar 26.09 bilion yuan atau bersamaan dengan AS$4.08 bilion.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain