suria

Penunjuk perasaan bantah pemilihan semula Presiden Iran 'mati' ditembak

TEHRAN: Seorang penunjuk perasaan mati ditembak sementara beberapa orang awam cedera dalam pertempuran di sini semalam membantah keputusan pemilihan, yang menyaksikan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kekalkan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut.

Masyarakat antarabangsa mengutuk keras tindakan pihak berkuasa menangani protes yang berlarutan sejak dua hari lalu manakala Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pula berkata, beliau "amat risau" dengan insiden tersebut.

Seorang jurugambar Iran yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa kejadian itu bermula di pusat militan tempatan Basij.

Penyokong antikerajaan yang terbunuh itu mati akibat terkena tembakan di bahagian kepala.

Pemilihan Presiden Iran kali ke-10 itu sejak revolusi diadakan Khamis lalu.

Mahmoud yang diramalkan tewas oleh Barat telah memperoleh kejayaan besar yang mengejutkan.

Beliau memperoleh lebih 60 peratus undi dalam peratusan keluar mengundi yang luar biasa.

Ketika kejadian, pihak tentera yang memakai pakaian biasa melepaskan beberapa das tembakan dari atas bumbung kem berkenaan ke arah orang ramai.

Jurugambar berkenaan berkata, penyokong antikerajaan itu mati akibat terkena beberapa tembakan di kepala. Agensi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain