suria

Kerajaan New South Wales haramkan barangan buatan Cina

MELBOURNE: Kerajaan negeri New South Wales di Australia akan mengharamkan produk "Buatan China" di dalam Bajet negeri itu esok di mana barang dan perkhidmatan kerajaan bernilai hampir A$4 bilion perlu diperolehi dari syarikat Australia dahulu.

Laporan akhbar Daily Telegraph melaporkan bahawa kesemua jabatan dan agensi kerajaan terpaksa melindungi pekerjaan Australia dengan memberi keutamaan kepada barang buatan tempatan.

Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong pengharaman itu, kata Menteri Luar Stephen Smith hari ini.

"Sekarang ini bukannya masa bagi Australia beralih kepada dasar perlindungan," kata Smith kepada Sky News.

Sebarang pemerolehan tempatan perlu konsisten dengan obligasi Australia kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia.

"Apa yang kita tidak boleh lakukan ialah dengan memberi fokus secara diskriminasi terhadap sesebuah negara tertentu, walau apa pun negara berkenaan.

Pengharaman NSW itu termasuk kontrak bahan tulis, pakaian seragam, kereta dan malah kereta api dan bangunan.

Untuk menjadikan pembidaan tempatan lebih kompetitif, satu diskaun 20 peratus akan diberikan kepada produk Australia apabila dibandingkan dengan pembida seberang laut.

Keputusan itu pastinya akan memberi banyak reaksi negatif antarabangsa dan menempatkan kerajaan parti Buruh NSW dalam keadaan yang tidak selesa dengan kerajaan Rudd, yang tidak merahsiakan pelannya untuk mengukuhkan hubungan dengan China. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain