suria

Israel serang terowong Gaza

JURUSALEM: Pesawat perang Israel melakukan dua serangan terhadap terowong di sempadan Semenanjung Gaza dan Mesir kata jurucakap tentera Israel awal pagi tadi.

Beliau berkata serangan itu berikutan tembakan roket dari Semenanjung Gaza ke Israel yang tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan kerosakan.

Pesawat pengebom Israel sering kali mensasarkan terowong tersebut yang penting untuk ekonomi penduduk Gaza.

Israel menuduh Hamas menggunakan terowong berkenaan untuk mencuri masuk senjata.

Bagaimanapun pengendali terowong menegaskan bahawa ia hanya digunakan untuk membawa bekalan makanan, bekalan api dan peralatan harian. AFP

Artikel Lain