suria

Penyokong Mousavi bantah kemenangan Ahmadinejad

Penyokong bekas Perdana Menteri, Mir Hosein Mousavi mengadakan rusuhan di ibu negara Iran. Mereka bertindak membakar tayar dan membaling batu kepada anggota polis sebagai membantah keputusan pilihan raya. --fotoAP

TEHERAN: Penyokong bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pencabar utama Mahmoud Ahmadinejad bergaduh dengan pihak polis selepas pihak berkuasa mengisytiharkan kemenangan presiden itu dalam pilihan raya yang diadakan kelmarin.

Pihak penentang bertindak melakukan bantahan paling serius di ibu negara Iran kerana mendakwa keputusan itu telah diaturkan oleh seorang 'diktator'.

Bagaimanapun pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa supaya rakyat republik berkenaan bersatu di belakang Ahmadinejad.

Namun pencabar utama Ahmadinejad, Mir Hosein Mousavi menolak keputusan itu dan menggesa penyokongnya terus menentang kerajaan yang mengamalkan 'pembohongan.

Pergaduhan itu adalah kekacauan pertama yang serius sejak bantahan pelajar pada tahun 1999.

Ratusan penunjuk perasaan yang memakai pakaian berwarna hijau melaungkan slogan 'kerajaan menipu rakyat'.

Mereka berhimpun berhadapan dengan Kementerian Dalam Negeri semasa keputusan muktamad diumumkan.

Semalam pihak berkuasa Iran mengumumkan Ahmadinejad kekal sebagai Presiden republik itu dengan mendapat 62.63 peratus undi.

Manakala Mousavi memperoleh hanya 33.75 peratus undian. AP

Artikel Lain