suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

201 kes H1N1 di Thailand, 8 sekolah ditutup

BANGKOK: Pihak Berkuasa Thailand menutup lapan buah sekolah di ibu negara ini sebagai langkah membendung penularan virus H1N1 selepas jumlah kes penyakit itu meningkat kepada lebih 200.

Sekolah berkenaan diarah ditutup selepas beberapa pelajar didapati dijangkiti virus itu. Kementerian Kesihatan Awam mengesahkan 51 kes lagi pada Isnin, menjadikan jumlah kes kepada 201.

Seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat disahkan positif, menjadi kes pertama disahkan di utara bandaraya Chiangmai.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang telah menaikkan tahap berjaga-jaga terhadap pandemik influenza itu daripada fasa lima kepada enam, pada Jumaat berkata 74 negara secara rasminya telah melaporkan 29,669 kes, termasuk 145 kematian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain