suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

9 mati, 27 hilang dalam letupan lombong Sawahlunto

JAKARTA: Sebanyak sembilan orang disahkan mati dan 27 orang masih hilang sehingga 5.30 petang ini dalam tragedi letupan lombong arang batu di Kota Sawahlunto, Sumatera Barat hari ini.

Mereka yang mati ditemui dengan keadaan tubuh terbakar dan hangus, serta cedera parah di beberapa bahagian badan yang dikeluarkan dari dalam lubang lombong oleh penduduk setempat, pekerja lombong dan pasukan mencari dan menyelamat serta polis tempatan.

Menurut agensi berita Antara dari Kota Sawahlunto, dalam kejadian yang dikatakan terjadi kirakira pukul 10 pagi, dipercayai masih ada 27 mangsa lagi yang terperangkap di dalam lubang dan usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Terdapat juga dua mangsa yang cedera parah dan enam yang lain yang cedera ringan yang ditemui berdekatan lubang lombong.

Ledakan lubang lombong arang batu itu terjadi di bukit Ngalau Cigak, dekat Kota Sawahlunto di mana dikatakan terdapat 36 pelombong tradisional di dalam lubang ketika letupan terjadi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain