suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas pesawat Air France: 24 mayat dan bahagian ekor pesawat ditemui

FERNANDO DE NORONHA (Brazil): Pasukan mencari dan menyelamat Brazil menemui bahagian ekor pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu sekali gus mengorbankan 228 penumpang.

Penemuan bahagian ekor pesawat tersebut dikira sangat penting buat masa ini untuk menentukan punca pesawat tersebut terhempas pada 1 Jun lalu.

Lebih-lebih lagi, kotak hitam dipasang pada bahagian ekor pesawat dan ini membolehkan usaha mencarinya difokuskan pada kawasan terbabit.

Pegawai Brazil memberitahu, 24 mayat telah ditemui setakat ini. AFP

Ketika kemalangan itu berlaku, pesawat itu melakukan penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris. Tiada panggilan kecemasan diterima daripada juruterbang. AFP

Artikel Lain