suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

17 mayat nahas pesawat Air France sudah ditemui

RECIFE (Brazil): 17 mayat kini sudah ditemui dari bangkai pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik hampir seminggu lalu, setakat semalam.

Jurucakap tentera Brazil, Lt Kol Henry Munhoz berkata, 15 mayat ditemui 1,150 kilometer (600 batu) dari pantai timur laut, semalam.

Menurutnya, mayat-mayat tersebut dikesan terapung bersama tempat duduk dan serpihan kapal terbang itu.

Katanya,pihak penyelamat turut menemui berpuluh-puluh serpihan komponen pesawat jenis Airbus A330 sebelum ia dikumpulkan.

Penemuan terbaru itu adalah susulan penemuan dua mayat lelaki Sabtu lalu oleh pasukan tentera laut Brazil.

Pesawat Air France 447 itu terhempas pada 1 Jun lalu dengan 228 penumpang. Ia berlepas dari Rio de Janeiro ke Paris sehari sebelum kemalangan tersebut. AFP

Artikel Lain