suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia ada 100 kes positif Influenza H1N1

MELBOURNE: Seramai 874 orang di Victoria merupakan antara lebih 1,000 rakyat Australia diuji positif influenza A H1N1, demikian menurut angka terbaru yang diumumkan.

Queensland mempunyai 45 kes yang disahkan selepas ditambah 13 ke baharu di mana kes terbaharu termasuk tiga dari Brisbane dan dua dari Gold Coast, kata pihak berkuasa Kesihatan Queensland.

Lapan orang di Tasmania disahkan dijangkiti virus itu, selepas ditambah dua kes positif terbaharu, yang termasuk seorang wanita yang melakukan perjalanan ke Melbourn barubaru ini, kata Pegawai Perubatan Kesihatan Awam Kelly Shaw.

Australia Selatan mempunyai 11 kes selepas seorang lelaki berumur 18 tahun yang melakukan perjalanan ke Melbourne barubaru ini, diuji positif, kata Jabatan Kesihatan Australia Selatan.

Influenza A H1N1 Australia Barat meningkat kepada empat, selepas ditambah dua kes baharu, selepas keduaduanya pulang dari Melbourne pada 1 Jun dan 3 Jun, kata Jabatan Kesihatan negeri itu.

Di New South Wales (NSW) 78 orang disahkan dijangkiti H1N1 flu manakala di Northern Territory dua kes disahkan. BERNAMA

Artikel Lain