suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat tentera udara India yang hilang ditemui, 13 mati

NEW DELHI: Pasukan penyelamat hari ini menemui bangkai pesawat Tentera Udara India (IAF) yang terhempas semalam dan mayat kesemua 13 orang yang berada dalam pesawat itu ketika kejadian.

Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari secara besarbesaran sejak petang semalam, selepas pesawat AN32, yang berlepas dari Mechuka di Arunachal Pradesh, negeri paling timur di India, terputus hubungan dengan darat kirakira pukul 2 petang.

Dilaporkan bahawa pesawat itu yang menuju ke Assam, sebuah lagi negeri di bahagian timur, terputus hubungan dengan darat tidak sampai 30 minit selepas berlepas.

Pesawat buatan Rusia itu sedang melakukan ujian penyelenggaraan udara berkalanya ketika kejadian itu berlaku di sepanjang kawasan bergunungganang di wilayah Himalaya, yang menyebabkan operasi mencari menerusi udara tertangguh.

Menurut saluran televisyen tempatan CNNIBN, mayat tujuh pegawai IAF dan enam anggota tentera itu dijumpai pada serpihan bangkai pesawat itu.

Maklumat lanjut berkenaan penumpang yang terbunuh itu belum lagi dikeluarkan tetapi pegawaipegawai tertinggi IAF dipercayai berada dalam penerbangan itu.

Cuaca buruk dipercayai menjadi punca kejadian. Pesawat AN32 digunakan untuk membawa anggota tentera dan bekalan ke kawasan pedalaman. BERNAMA

Artikel Lain