suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

H1N1: Semua tadika dan sekolah rendah di Hong Kong ditutup

HONG KONG: Kerajaan Hong Kong mengarahkan semua tadika dan sekolah rendahnya ditutup selama dua minggu selepas 12 pelajar disahkan positif wabak influenza A (H1N1) dalam kelompok pertama kes tersebut di wilayah itu.

AP melaporkan, ketua wilayah itu, Donald Tsang berkata, 12 pelajar dari sekolah menengah tempatan telah diuji positif virus wabak itu dan pihak berkuasa tidak dapat menentukan dengan segera bagaimana mereka boleh dijangkiti.

Semua pesakit kini berada dalam pengasingan di hospital.

Katanya, sekolah-sekolah akan ditutup bagi menghalang penyebaran wabak itu.

Tsang berkata, walaupun jangkitan adalah di kalangan pelajar sekolah menengah, hanya tadika dan sekolah rendah yang ditutup buat masa ini.

Artikel Lain