suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak sembilan tahun terbunuh selepas selisih faham tentang permainan video

JACKSON (Mississippi): Seorang budak lelaki berusia 11 tahun secara tidak sengaja telah menembak adik lekakinya berusia sembilan tahun menggunakan senapang patah pada Selasa dipercayai berpunca daripada perselisihan faham tentang permainan video.

A-Darrious Finley mati selepas ditembak di rumahnya berdekatan komuniti Red Banks di utara Mississippi, kata Sheriff Kenny Dickerson.

"Adik lelakinya dikatakan naik marah kerana tercabar dalam permainan video dan telah mendapatkan senapang patah itu," katanya.

Dickerson berkata, si abang, De-Andre Finley pada mulanya berkata dia tidak menyentuh senapang itu. Pada mulanya, dia memberitahu bahawa adiknya mencapai senapang itu dan mengacukan kepada dirinya sambil berkata, "inilah cara bagaimana saya akan menembak kamu."

Bagaimanapun selepas disoal lagi dan diberitahu yang keterangannya tidak kena dengan bukti di tempat kejadian, dia berkata senapang itu secara tidak sengaja telah mengeluarkan tembakan ketika mereka sedang bergelut.

Artikel Lain