suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Delhi lapor kes H1N1 pertama

NEW DELHI: Kes pertama influenza A (H1N1) dilaporkan di ibu negara ini semalam apabila seorang penumpang lelaki yang tiba di sini dari New York didapati positif virus itu setelah ujian dijalankan.

Lelaki itu berusia 35 tahun demam dua hari selepas tiba dari New York dengan pesawat British Airways dan kini dirawat.

"Penumpang ini kini dalam kuarantin rumah dan kontak beliau diberikan ubat antiviral, chemoprophylaxis," menurut kenyaaan Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu juga menyatakan bahawa seorang lagi penumpang lelaki, yang duduk berdekatan dengan pembawa kes yang disahkan itu telah diuji positif virus berkenaan.

Lelaki dari Hyderabad berusia 25 tahun itu kini dirawat sementara pegawai kesihatan cuba mengesan mereka yang ada kontak dengan beliau.

Kini ada 10 kes yang disahkan postif virus itu di India.

"Setakat ini sampel 176 orang telah diuji dan 10 daripada mereka telah diuji positif Influenza A (H1N1).

"Sampel yang lain didapati negatif untuk virus ini sementara sampel bagi seorang lagi kini dalam proses," tambah kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Lain