suria

Pemimpin Asean, Korea Selatan kutuk ujian nuklear Korea Utara

PULAU JEJU: Pemimpin Korea Selatan dan 10 negara anggota Asean yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Korea hari ini mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk ujian nuklear dan peluru berpandu bawah tanah yang dilancarkan Korea Utara barubaru ini.

Para pemimpin menegaskan bahawa penghapusan senjata nukluar di Semenanjung Korea menerusi resolusi bagi menangani isu nuklear Korea Utara secara aman amat penting bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik.

Mereka berkata tindakan ketenteraan oleh Korea Utara, yang telah menimbulkan ketegangan di Asia Utara, jelas melanggar perjanjian Rundingan Enam Negara dan beberapa resolusi serta keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu berkaitan perkara itu.

"Para pemimpin melahirkan hasrat mereka bahawa Forum Serantau Asean, sebagai satu forum utama keselamatan serantau meliputi Asean dan semua anggota Rundingan Enam Negara, boleh menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan berpanjangan di Semenanjung Korea. Mereka menggalakkan semua pihak berkaitan supaya aktif mencapai objektif berkenaan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Presiden Korea Selatan Lee Myungbak dan semua pemimpin 10 negara anggota Asean, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir sidang kemuncak itu hari ini, para pemimpin bersetuju untuk menjalin hubungan lebih erat dan luas; mengeratkan kerjasama politik dan keselamatan, serta mengukuhkan kerjasama ekonomi dan pembangunan antara negara-negara. Mereka juga bersetuju untuk mempromosikan pertukaran sosio-budaya dan bekerjasama dalam isuisu serantau dan antarabangsa.

Para pemimpin itu, antara lain mengiktiraf bahawa peningkatan keselamatan di Semenanjung Korea menerusi dialog dan kerjasama amat penting bagi keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini.

"Bagi mencapai matlamat ini, kami komited untuk meneruskan usaha untuk mengurangkan ketegangan dan mempromosikan dialog mengenai semenanjung (Korea), termasuk pihak berkenaan yang mencapai resolusi awal berhubung isu nuklear Korea Utara secara aman menerusi proses Rundingan Enam Negara."

Para pemimpin menyatakan mereka juga komited untuk mengekalkan lawatan peringkat tertinggi, mengukuhkan kerjasama dan berkongsi maklumat mengenai isuisu keselamatan bukan tradisional bagi menggalakkan kerjasama dalam pengadilan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang, termasuk memerangi keganasan, pelanunan, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, pengubahan wang, penyeludupan senjata, jenayah ekonomi antarabangsa dan jenayah siber serta bekerjasama bagi memastikan peningkatan keselamatan maritim seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Mengenai kerjasama pengukuhan ekonomi dan pembangunan, para pemimpin melahirkan harapan bahawa jumlah dagangan antara Asean dan Korea akan meningkat kepada US$150 bilion menjelang 2015 menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-Korea Selatan dan lainlain yang melengkapi perjanjian perdagangan. Bagi mencapai matlamat ini, mereka bersetuju untuk menggunakan Pusat AseanKorea bagi memudahkan aktitivi promosi dan penggalakkan perdagangan dan pelaburan, termasuk pameran barangan, pertukaran misi perdagangan dan pelaburan, dan pertukaran maklumat mengenai perdagangan dan pelaburan.

Bagi melonjakkan perdagangan, pelaburan dan pelancongan, para pemimpin bersetuju untuk mengadakan perbincangan mengenai perjanjian perkhidmatan udara antara Asean dan Korea Selatan meliputi keduadua sektor pengangkutan penumpang dan kargo menjelang awal 2010.

Mengenai kerjasama isuisu serantau dan antarabangsa, para pemimpin mengulangi kesungguhan mereka untuk menggembleng usaha bagi menangani cabaran global seperti perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar, krisis ekonomi dan kewangan semasa, jaminan bekalan makanan, jaminan bekalan tenaga dan penularan wabak dan penyakit berjangkit baru.

Mereka turut mengiktiraf bahawa krisis makanan dan tenaga barubaru ini tidak hanya berlaku di negaranegara tertentu dan bersetuju untuk menerokai usaha bagi mewujudkan Rizab Kecemasan Beras Asean+3 (APTERR) bagi memastikan jaminan bekalan makanan di rantau ini.

Sidang kemuncak tahun ini adalah sempena ulang tahun ke20 Dialog Hubungan Asean-Korea Selatan. BERNAMA

Artikel Lain