suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki potong kemaluan tidak dibenar kahwini gadis bawahan

CAIRO: Seorang lelaki Mesir berusia 25 tahun memotong kemaluannya sendiri sebagai tanda balas dendam terhadap keluarganya kerana tidak membenarkan dia berkahwin dengan seorang gadis daripada golongan bawahan.

Pihak polis melaporkan, selepas dua tahun gagal merayu bapanya untuk berkahwin dengan gadis itu, lelaki tersebut memanaskan sebilah pisau dan memotong kemaluannya itu.

Lelaki tersebut berasal daripada keluarga terkenal Mesir di selatan wilayah Qena, salah satu daripada kawasan-kawasan yang termiskin dan paling konservatif. Lelaki itu dikejarkan ke hospital tetapi doktor gagal untuk menyambung kembali organ tersebut, tambah pegawai polis sebagai memetik laporan yang difailkan selepas insiden itu.

Pegawai tersebut yang tidak mahu dinamakan kerana tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media berkata, lelaki tersebut kini sedang dirawat di hospital.

Secara tradisinya, perkahwinan di kawasan konservatif di selatan Mesir adalah di antara golongan sosial yang sama dan jarang sekali disebabkan cinta - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain