suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand sahkan kes keempat H1N1

BANGKOK: Thailand mengesahkan kes Influenza A (H1N1) keempatnya, yang membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun yang pulang dari Amerika Syarikat.

Menteri Kesihatan Awam, Witthaya Kaewparadai berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital di sini pada 25 Mei kerana demam dan menghidap selesema.

Witthaya berkata, lelaki itu kini sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital.

Pada Sabtu, kementerian itu mengesahkan kes ketiga H1N1 negara itu setelah ujian terhadap seorang wanita yang pulang dari Amerika positif virus itu.

Maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan 53 negara secara rasmi melaporkan 15,510 kes jangkitan H1N1, termasuk 99 kematian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain