Suami hentak isteri dengan tukul besi kerana capati basi - Dunia | mStar

Suami hentak isteri dengan tukul besi kerana capati basi

NEW DELHI: Gara-gara menghidangkan capati yang didakwa basi, seorang suami mengetuk isterinya dengan tukul dan kemudian mencampak mangsa dari tingkat pertama rumah mereka di sini.

Kejadian itu berlaku di timur Delhi, dekat sini, semalam, apabila jurufoto Sanjay Singh pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan meminta isterinya Manju, 34, menghidangkan makanan.

Menurut akhbar Asian Age hari ini, Sanjay meradang dengan sajian capati itu dan mecetus perbalahan antara pasangan itu.

Menurut tiga orang anaknya yang menyaksikan kejadian itu, Sanjay mengambil tukul besi dan memukul Manju di bahagian dada, kepala dan bahu sebelum mencampaknya dari tingkap atas.

Polis berkata, ibu Sanjay mengejar Manju ke hospital berdekatan di mana keadaannya dilaporkan kritikal sebelum membuat laporan polis.

Suami berusia 37 tahun itu kemudian melarikan diri dan polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh.

Awal bulan ini, seorang peniaga di wilayah Rajasthan, mengetuk paku ke atas kepala isterinya yang mengandung kerana gagal membawa dowri yang secukupnya selepas perkahwinan mereka.

Hasil pemeriksaan Xray, doktor mendapati paku berukuran tiga sentimeter terbenam dalam tengkorak isteri berusia 24 tahun itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain