suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang terakhir Titanic meninggal dunia

LONDON: Penumpang kapal RMS Titanic, Millvina Dean, 97, meninggal dunia awal pagi semalam, menjadikan beliau penumpang terakhir kapal yang karam pada tahun 1942 yang meninggal dunia.

AP melaporkan, wanita itu meninggal dunia di kediamannya di Southampton, England ketika sedang tidur.

Perkara itu diberitahu oleh rakan Dean, Gunter Babler.

Babler berkata, pasangan Dean, Bruno Nordmanis menghubunginya di Switzerland memberitahu, kakitangan Rumah Penjagaan Woodlands Ridge di Southampton menjumpai Dean yang telah meninggal dunia pada pagi Ahad.

Katanya, Dean dimasukkan ke hospital kerana pheunomia minggu lalu tetapi telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Dean berusia dua bulan ketika beliau diselamatkan menggunakan bot penyelamat daripada tragedi kapal karam di lautan Atlantik itu.

Beliau adalah di kalangan 706 orang yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang diselamatkan dalam tragedi itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain