suria

Singapura sahkan kes kesembilan Influenza H1N1

SINGAPURA: Singapura mengesahkan satu lagi kes Influenza A (H1N1) hari ini, menjadikan jumlah penduduk di negara bandar raya ini yang dijangkiti penyakit itu kepada sembilan orang.

Pesakit terbabit adalah wanita warga Singapura berusia 19 tahun yang belajar di Amerika Syarikat dan pulang ke negara ini kerana cuti musim panas, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Dia tiba di Singapura dari New York menerusi Tokyo dengan menaiki penerbangan NH901 All Nippon Airways pada 28 Mei, dan menunjukkan tandatanda jangkitan pada pagi 1 Jun.

Kementerian itu berkata pelajar itu kemudiannya dihantar ke Pusat Penyakit Berjangkit di sebuah hospital tempatan dan ujian makmal malam semalam mengesahkan dia dijangkiti virus itu.

Setakat ini, sembilan kes berpunca dari luar negara, penghidapnya mempunyai rekod melakukan perjalanan dan pada masa ini tiada bukti penyebaran virus itu dalam kalangan masyarakat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PAD tubuh parti baru

Artikel Lain