suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa ke-12 kes Influenza H1N1 di Singapura

SINGAPURA: Satu lagi kes Influenza A (H1N1) dikesan di Singapura hari ini, menjadikan 12 kes dilaporkan berlaku di negara ini setakat ini.

Kementerian Kesihatan malam ini berkata mangsa merupakan lelaki rakyat Singapura berumur 18 tahun yang telah pergi ke Melbourne, Australia pada 16 Mei lalu dan pulang dengan penerbangan EK405 Emirates pada 1 Jun.

Pengesan terhadap pihak yang pernah berhubung dengan mangsa ke12 itu sedang dilakukan sementara dengan mangsa ke10 dan ke11 telah siap, kata kementerian itu.

Ia juga berkata pengidap kes kesembilan yang merupakan wanita Singapura berumur 19 tahun telah dibenarkan keluar dari Pusat Penyakit Berjangkit di sebuah hospital di sini semalam. BERNAMA

Artikel Lain