suria

Pilihan raya Afrika Selatan, Zuma dijangka Presiden baru

RAKYAT Afrika Selatan beratur panjang di luar sebuah pusat pengundian di kawasan Soweto, Afrika Selatan hari ini.
RAKYAT Afrika Selatan beratur panjang di luar sebuah pusat pengundian di kawasan Soweto, Afrika Selatan hari ini.
RAKYAT Afrika Selatan beratur panjang di luar sebuah pusat pengundian di kawasan Soweto, Afrika Selatan hari ini.

JOHANNESBURG: Bakal Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mahu menggunakan keputusan pilihan raya umum yang berlansgung hari ini, sebagai mandat untuk memperbaiki kehidupan rakyat kulit hitam yang merupakan masyarakat majoriti negara itu.

Parti Zuma, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dijangka memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya umum Parlimen hari ini - yang telah menjana keghairahan yang tidak pernah disaksikan sejak pilihan raya pelbagai kaum pertama pada 1994.

Kira-kira 23 juta orang telah mendaftar sebagai pemilih dengan peratusan keluar mengundi dijangka kira-kira 80 peratus.

Parlimen memilih Presiden Afrika Selatan, meletakkan Zuma sebagai pilihan utama apabila dewan perundangan bersidang bulan depan.

Pembangkang telah cuba memburuk-burukkan Zuma, pemimpin popular dan bekas gerila antiapartheid, yang sebelum ini telah bebas daripada skandal seks dan rasuah, sebagai pengamal rasuah dan antidemokratik.

Bagaimanapun ANC melihat Zuma yang berusia 67 tahun sebagai pemimpin pertama sejak bekas Presiden Nelson Mandela, yang berupaya untuk menghubungkan parti dan pengundi.

Ketika kempen ANC telah menekankan komitmennya untuk mewujudkan kerja dan jaringan keselamatan sosial yang lebih baik bagi rakyat negara itu yang terdiri daripada 50 juta orang.

Ketika ditemui wartawan malam tadi menjelang hari pengundian, Zuma mengakui bahawa penyokong-penyokong ANC mengharapkan "tindakan yang cepat dan perubahan yang ketara" termasuk kehidupan mereka.

Pada 2005, Zuma telah dipecat sebagai Timbalan Presiden dan setahun kemudian telah bebas daripada tuduhan merogol kawan keluarga dijangkiti HIV. AP

Artikel Lain