suria

288 calon terlibat jenayah bertanding pilihan raya India

NEW DELHI: Seramai 288 calon yang mempunyai rekod jenayah akan bertanding dalam fasa kedua pilihan raya umum India Khamis ini, kata satu kumpulan pemantau pilihan raya.

National Election Watch (NEW) mendapati 17.6 peratus daripada 1, 633 calon yang bertanding dalam pilihan raya parlimen negara ini, mempunyai latar belakang sebagai penjenayah.

Empat parti politik utama yang meletakkan calon seperti itu ialah Kongres (40 calon), Bahujan Samaj Party (31), Bharatiya Janata Party (27) dan Samajwadi Party (13).

NEW berkata satu kempen di seluruh negara yang melibatkan lebih 1,200 badan bukan kerajaan dan kumpulan rakyat, telah mengkaji jenayah yang pernah dilakukan oleh calon berkenaan, termasuk membunuh, cuba membunuh, memeras ugut dan menculik.

"Kami memerlukan sokongan kuat rakyat untuk menghentikan trend ini dan rakyat perlu menutup pintu kepada meeka. Ia berbahaya kepada demokrasi kita," kata bekas Ketua Hakim India J.S. Verma kepada Bernama.

India mengadakan pilihan raya kali ke15 bagi memilih wakil untuk menduduki kerusi Dewan Rendah atau Lok Sabha mulai 16 April.

Ia diadakan dalam lima fasa dan akan berakhir pada 13 Mei.

Artikel Berikut

Artikel Lain