suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuba mahu Obama tamatkan sekatan ekonomi

HAVANA: Bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro, dalam reaksi kepada hasil sidang kemuncak Amerika hujung minggu lalu, menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama agar mengambil langkah untuk mengakhiri sekatan ekonomi hampir setengah abad ke atas negara tersebut.

"Saya ingin mengingatkan beliau (Obama) prinsip etika awal yang perlu diambil terhadap Cuba," tulis Castro mengenai Obama dalam laman web Cubadebate.

Katanya, sekatan yang kejam terhadap Cuba telah menjejaskan kehidupan rakyat negara tersebut.

Minggu lalu Obama mengumumkan pendekatan berlembut dengan Cuba dan dua hari lalu pula beliau bersalaman dengan Presiden Venezuela, Hugo Chavez ketika menghadiri sidang kemuncak Amerika, dihadiri 33 negara, di Trinidad and Tobago. _ Agensi

Artikel Lain