suria

Jackie Chan: Kebebasan luas tidak baik, masyarakat China juga perlu dikawal

BOAO, China: Bintang filem popular, Jackie Chan selama ini menikmati kebebasan persekitaran di Hong Kong, tetapi hari ini memberitahu bahawa kebebasan melampau juga tidak baik bagi sesebuah masyarakat.

Justeru kata beliau, "rakyat China juga perlu dikawal."

Komen Jackie Chan ini mendapat tepukan hadirin yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan di wilayah selatan China, Hainan.

Pelakon Hong Kong berusia 55 tahun ini yang mengambil bahagian dalam panel forum tahunan Boao membincangkan soal tapisan dan halangan ke atas pembikin filem di China.

Beliau meluaskan hujahnya dengan menyertakan masyarakat China secara umum.

"Saya tidak pasti sama ada baik atau tidak jika mempunyai kebebasan ataupun sebaliknya," kata beliau.

"Saya sebenarnya terkeliru sekarang. Jika anda terlalu bebas, anda seperti di Hong Kong. Ia sangat kelam-kabut. Taiwan juga sangat kelam-kabut," katanya lagi.

Beliau menambah: "Saya secara beransur-ansur mula merasakan bahawa rakyat China juga perlu dikawal. Jika kita tidak dikawal, kita akan melakukan apa yang kita rasa mahu lakukan."

Artikel Lain