suria

Pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire dijual anak angkat?

RUBINA ALI pelakon filem Slumdog Millionaire.
RUBINA ALI pelakon filem Slumdog Millionaire.
RUBINA ALI pelakon filem Slumdog Millionaire.

LONDON: Bapa pelakon kanak-kanak filem menangi anugerah Oscar, Slumdog Millionaire, Rubina Ali, telah cuba menjual anak perempuannya berusia sembilan tahun itu sebagai anak angkat untuk dia 'bebas' dari kawasan Mumbai, India.

Akhbar Britain, News of the World hari ini mendakwa, Rafiq Qureshi telah meletakkan 20 juta rupee (AS$400,000) sebagai harga untuk anaknya, yang memainkan watak sebagai Latika dalam filem tersebut.

Filem itu yang menggambarkan cabaran kehidupan di kawasan Mumbai yang terkenal kerana kesesakan manusia telah memenangi lapan Oscar termasuk anugerah Academy bagi kategori filem terbaik.

News of the World melaporkan bahawa pemberita-pemberitanya yang menyamar sebagai keluarga berada dari Dubai telah mendampingi Rafiq baru-baru ini. Menurut akhbar mingguan itu, seorang pemberi maklumat dari Mumbai memberitahu mereka yang Rafiq mengenakan tawaran tinggi memandangkan telah pun dihubungi sebuah keluarga dari Timur Tengah.

Malah akhbar tersebut juga menyiarkan gambar-gambar pelakon itu, ayah dan bapa saudaranya bergambar bersama wartawan berkenaan selain klip video Rafiq dan adik iparnya ketika perbincangan minggu lalu.

"Ya, kami sedang mempertimbangkan masa depan Rubina," kata Rafiq yang membenarkan adik iparnya, Rajan More berhubung dengan wartawan itu untuk rundingan susulan.

Bapa saudara Rubina berkata, mereka ingin melihat masa depan yang lebih baik bagi kanak-kanak itu.

"Jika anda mahu jadikan anak angkat, kita boleh berbincang perkara ini tetapi ibu bapanya mungkin mengharapkan pampasan yang sewajarnya sebagai ganjaran.

"Apa sahaja bayaran dipersetujui Rajan, saya akan terima. Kita boleh berbincang apa saja mengenai perkara ini apabila kita bertemu nanti. Banyak pihak berminat dengan Rubina," katanya.

Rafiq dikatakan memerlukan masa dua hingga tiga bulan untuk membuat keputusan.

Rajan menambah: "Sehingga itu kita boleh berunding mengenai jumlah. Kami akan datang ke Dubai, kanak-kanak ini juga akan datang dan pergi."

"Jumlahnya 20 juta rupee," kata bapa saudaranya sambil menambah, "perbincangan ini tidak akan melibatkan pihak lain selain kita bertiga." Agensi

Artikel Lain