suria

Obama bersalam Presiden Venezuela, kejutkan ramai

PRESIDEN Barack Obama (dua dari kiri) bersalaman dengan Presiden Hugo Chavez dari Venezuela ketika Sidang Kemuncak Kelima Amerika di Port of Spain, Trinidad and Tobago semalam. AP
PRESIDEN Barack Obama (dua dari kiri) bersalaman dengan Presiden Hugo Chavez dari Venezuela ketika Sidang Kemuncak Kelima Amerika di Port of Spain, Trinidad and Tobago semalam. AP
PRESIDEN Barack Obama (dua dari kiri) bersalaman dengan Presiden Hugo Chavez dari Venezuela ketika Sidang Kemuncak Kelima Amerika di Port of Spain, Trinidad and Tobago semalam. AP

PORT-OF-SPAIN, Trinidad: Presiden Barack Obama dalam perkembangan mengejutkan banyak pihak bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Venezuela, Hugo Chavez - sekutu Cuba - di sini semalam.

Obama yang menerajui Amerika Syarikat (AS) sejak awal Januari lalu berjalan ke arah Chavez di bilik mesyuarat sebuah hotel di sini untuk bertemu dengan pemimpin Venezuela itu yang merupakan pengkritik lantar dasar Amerika Syarikat (AS) selama ini, khususnya sepanjang era kepimpinan George W. Bush.

Menurut pegawai-pegawai Obama, Presiden AS itu sendiri yang memulakan usaha tersebut.

"Pertemuan itu sangat, sangat ringkas," kata pegawai Obama selepas pertemuan itu.

"Presiden bersalam, senyum dan kembali ke kedudukannya (di bilik mesyuarat)," katanya.

Pertemuan 'bersejarah' ini berlaku ketika Washington cuba berlembut dengan Cuba, salah lagi negara pengkritik dasar AS.

Ketika ditanya mengenai pertemuan itu, Obama sambil ketawa berkata: "Saya berkata, 'Como estas?"

Ia merujuk kepada "Apa khabar" dalam bahasa Sepanyol.

Gambar-gambar yang diedarkan oleh kerajaan Venezuela menunjukkan kedua-dua pemimpin itu senyum dan Obama menyentuh bahu Chavez.

Presiden Venezuela juga berkata, beliau memulakan salaman dan Chavez dipetik sebagai berkata, beliau mengharapkan hubungan lebih baik membabitkan kedua-dua negara.

Chavez dipetik sebagai berkata pada Obama: "Dengan tangan yang sama ini juga saya telah menegur Bush lapan tahun lalu. Saya mahu jadi kawan anda."

Komen obama terhad kepada kenyataan bahawa beliau mahu memperkenalkan dirinya kepada Chavez, kata pegawai-pegawai AS.

Pegawai Obama tidak mahu komen tentang apa yang Chavez memberitahu Presiden AS itu.

Bagaimanapun apabila ditanya sama ada apa yang diperkatan oleh Presiden Venezuela itu tepat, pegawai Obama memberitahu: "Saya tidak akan mempertikaikannya."

Minggu lalu, Chavez melahirkan harapan untuk memulihkan hubungan dengan Washington. AP

Artikel Lain