suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tahan jadi ‘port’ lalok, ibu viralkan video anak hisap ganja dengan kawan-kawan... Sengaja ‘jemput’ polis datang rumah

Individu yang didapati memiliki atau menggunakan ganja boleh ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut. -Gambar hiasan

GARA-GARA teguran sering tidak diendahkan, seorang ibu bertindak merakam kegiatan anak lelakinya menghisap ganja bersama rakan-rakan dan memuat naik video berkenaan di laman sosial bagi mendapatkan perhatian pihak polis.

Wanita berusia 36 tahun yang hanya dikenali sebagai Orathai dari Rayong, Thailand berkata, rumahnya selalu dijadikan tempat kumpulan remaja berkenaan berkumpul dan menghisap ganja pada waktu malam.

Menurut Orathai, dia sudah beberapa kali menegur anak lelaki dan rakan-rakannya supaya menghentikan kegiatan tersebut, namun ia ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Orathai mendakwa kegiatan tersebut bukan sahaja berlaku berulang kali, malah bau ganja turut memenuhi ruang rumah sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Lebih membimbangkan, Orathai mendakwa anaknya dan rakan-rakan kelihatan seperti terlalu khayal selepas menghisap ganja.

Malah, dia mendakwa anak lelakinya kadangkala menjadi mudah marah dan pernah mencederakan dirinya sendiri.

Justeru demi kebaikan anaknya dan orang sekeliling, Orathai menegaskan dia tidak mahu melindungi remaja itu daripada tindakan undang-undang.

Susulan aduan tersebut, Ketua Balai Polis Ban Khai, Pol Col Pramot Kongkalai, mengarahkan pegawai penyiasat menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan dan merampas sejumlah ganja serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap bahan terlarang tersebut sebagai bahan bukti.

Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan dan tindakan undang-undang terhadap kumpulan remaja berkenaan sebagaimana permintaan Orathai. -Agensi 

Artikel Lain