Ketiga-tiga rangkaian kedai serbaneka utama di Korea Selatan mencatatkan peningkatan ketara dalam jualan produk berkaitan Covid-19. -Foto The Korea Herald/ANN
SUSULAN peningkatan jangkitan Covid-19 di Korea Selatan, penduduk negara itu mula membeli semula stok pelitup muka dan kit ujian kendiri.Menurut laporan media Korea, rangkaian kedai serbaneka utama seperti 7-Eleven, GS25 dan CU mula menunjukkan peningkatan ketara dalam jualan produk berkaitan wabak berkenaan. Sebagai contoh, jualan kit ujian kendiri Covid-19 di 7-Eleven meningkat 62 peratus antara 1 hingga 26 Ogos. Sementara itu, jualan pelitup muka, ubat selesema serta ubat demam dan tahan sakit masing-masing meningkat 17 peratus, 15 peratus dan 14 peratus, berdasarkan data yang dikeluarkan.GS25 turut melaporkan peningkatan 30.3 peratus dalam jualan kit ujian dan 10.3 peratus bagi ubat selesema dalam tempoh sama. Permintaan terhadap pelitup muka untuk kanak-kanak dan bayi khususnya menunjukkan peningkatan ketara, dengan jualan melonjak lebih empat kali ganda berbanding bulan sebelumnya, iaitu sebanyak 341 peratus, kata pihak berkuasa.Jualan pelitup muka dan kit ujian kendiri meningkat di Korea pada bulan Ogos. -Gambar hiasanCU turut merekodkan trend sama dari 1 hingga 23 Ogos, dengan jualan kit ujian dan ubat selesema masing-masing meningkat 45.7 peratus dan 12.2 peratus berbanding tempoh sama pada bulan sebelumnya."Sejak pertengahan Ogos, kami meminta ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat jagaan dengan memakai pelitup muka selepas beberapa kes penyakit menyerupai selesema yang disertai demam panas berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia satu dan dua tahun," kata seorang guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Dongjak-gu, Seoul, Hwang Ji-mi kepada The Korea Herald.Sumber industri berkata peningkatan jangkitan Covid-19 baru-baru ini menyebabkan tabiat membeli-belah yang menjadi kebiasaan sepanjang pandemik kembali diamalkan.Kadar pengesanan Covid-19 di negara itu mencecah 9.1 peratus bagi tempoh 9 hingga 15 Ogos, kira-kira 2.8 kali ganda berbanding 3.2 peratus yang direkodkan tiga minggu sebelumnya, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di hospital-hospital am turut meningkat 2.4 kali ganda dalam tempoh sama.Kes Covid-19 juga semakin meningkat di China, dengan kira-kira 522,000 kes baharu dilaporkan pada Julai, termasuk 487 kes serius dan satu kematian, menurut laporan media tempatan."Dengan sekolah kembali dibuka, kami menjangkakan permintaan terhadap kit ujian, pelitup muka dan ubat selesema kekal tinggi buat sementara waktu. Perubahan musim juga berkemungkinan meningkatkan lagi jualan," kata seorang pegawai GS25. -Agensi