suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helah buat panggilan kecemasan pukul 4.30 pagi bongkar jenayah kejam! Anak tekup muka ibu uzur sampai putus nyawa

Pelaku jenayah bunuh wajar dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

TRAGEDI hitam menimpa sebuah keluarga apabila seorang wanita warga emas berusia 85 tahun maut di tangan anak kandungnya sendiri dalam kejadian di kediaman mereka pada awal pagi Ahad.

Menurut pihak polis, suspek yang berusia 55 tahun itu didakwa menjadi dalang utama di sebalik kematian ibunya.

Pihak berkuasa pada mulanya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan sekitar pukul 4.30 pagi.

Setibanya di lokasi, polis mula mengesyaki ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh lelaki itu.

Selepas melakukan soal siasat ke atas suspek, kediaman berkenaan terus diisytiharkan sebagai lokasi kejadian jenayah.

Detektif Inspektor Polis Tasmania, David Gill berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas saluran pernafasannya ditutup oleh suspek.

“Anak mangsa yang berusia 55 tahun ditahan di alamat berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Hobart.

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah bunuh pelajar, kerat tubuh mangsa sebelum buang di beberapa lokasi

“Dia kini ditahan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Hobart pada Isnin,” katanya.

Gill berkata, punca sebenar kematian akan ditentukan koroner dengan bantuan pakar patologi, namun polis mendakwa wanita itu mati dibunuh.

Gill berkata, suspek tinggal bersama ibunya dan menjadi penjaga wanita itu sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa juga dilaporkan mempunyai keperluan penjagaan kesihatan serta berada dalam keadaan uzur dan tidak sihat. -Agensi

Artikel Lain