suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesan air mani pada cadar jadi petunjuk utama… Pekerja rumah jagaan didakwa noda penghuni ‘istimewa’

Mangsa rogol biasanya berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

PERBUATAN terkutuk seorang bekas pembantu warden akhirnya terbongkar selepas dia didakwa merogol seorang penghuni rumah jagaan orang kurang upaya sebanyak lima kali pada 2024.

Tertuduh, Chung Pui-kei, berdepan lima pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun yang mempunyai ketidakupayaan mental antara Julai dan Ogos tahun berkenaan.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah jagaan dikaitkan dengan Hong Chi Association di Tai Po, Hong Kong, ketika mangsa tinggal di situ dan Chung bekerja sebagai pembantu warden.

Kes itu mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada Jumaat dengan juri terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita.

Pendakwa raya Human Lam Hiu-man berkata, tiga kejadian didakwa berlaku di bilik rehat kakitangan lelaki, manakala dua lagi di bilik mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lupa kunci pintu rumah, wanita dirogol penyamun ketika lena tidur atas sofa

Menurut pendakwa raya, Chung dipercayai menggunakan pendekatan mesra dengan mangsa, termasuk berbual, bermain permainan video dan memberinya gula-gula sebelum kejadian berlaku.

Polis turut menjumpai kondom serta barangan lain dalam loker di bilik rehat berkenaan. 

Sehelai cadar dari bilik penghuni wanita juga didapati mengandungi air mani Chung dan DNA mangsa.

Mahkamah diberitahu mangsa mempunyai tahap intelektual bersamaan kanak-kanak berusia sembilan tahun 10 bulan serta sejarah masalah kesihatan mental. -Agensi

Artikel Lain