Tekanan akibat masalah kewangan mampu mendorong seseorang melakukan tindakan di luar kewarasan akal. -Gambar hiasan AI
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan menangis bersendirian di atas sebuah jambatan selepas ibu bapanya dipercayai terjun ke dalam sungai.Menurut polis, orang awam menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan selepas terdengar tangisannya di atas jambatan dekat Sungai Godavari, Andhra Pradesh, India, lewat malam Khamis. Hasil siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 29 dan 28 tahun itu tiba di lokasi sekitar pukul 10 malam dengan menaiki sebuah skuter bersama anak mereka.Mereka kemudian dipercayai meninggalkan kanak-kanak tersebut di atas skuter sebelum terjun ke dalam Sungai Godavari yang berarus deras.Penduduk setempat yang berada di lokasi kemudian cuba mencari ibu bapa kanak-kanak itu sebelum menyedari dia telah ditinggalkan seorang diri di atas jambatan.Kanak-kanak tersebut diserahkan kepada ahli keluarganya, manakala operasi mencari pasangan berkenaan masih giat dilakukan sehingga laporan ditulis pada Sabtu.Polis percaya mangsa lelaki berdepan masalah bebanan hutang yang semakin meruncing serta tekanan kewangan melampau, memandangkan hasil siasatan mendedahkan mereka baharu sahaja menjual rumah.Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan daripada segenap aspek untuk mengenal pasti punca sebenar yang mendorong pasangan berkenaan mengambil tindakan sedemikian. -Agensi