suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa sekuat 6.0 di selatan Sumatera

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Ritcher berlaku di selatan Sumatera, Indonesia, kira-kira 657km dari barat daya Melaka awal pagi ini.

Kejadian pada 4.01 pagi itu berpusat di latitud 3.2 darjah selatan dan longitud 100.2 darjah timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata pusat gempa bumi itu terletak di selatan Sumatera, 237km barat laut Bengkulu, Indonesia.

Kenyataan itu bagaimanapun menjelaskan tiada ancaman tsunami kepada negara ini, dan jabatan itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan maklumat terkini mengenainya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain