suria

2 mati pertempuran perusuh, peniaga di Bangkok

BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan sembilan cedera semasa pertempuran berlaku antara penyokong baju merah antikerajaan dan penjual di sebuah pasar di sini semalam.

Ketua Jabatan Perubatan Bangkok Phetpong Kamchornkijkarn berkata mangsa itu dikenali sebagai Pom Pholphanbua, 50, dan Yupha Wisetphanit, 19.

Kejadian itu berlaku apabila pemprotes yang dikaitkan dengan perdana menteri yang diguling Thaksin Shinawatra bertempur dengan penjual yang tidak berpuas hati dengan pemprotes itu yang telah melumpuhkan ibu negara ini sejak Rabu lepas, katanya kepada pemberita di sini.

Berikutan dengan kejadian itu, beratus-ratus residen di persimpangan Ratchathewi keluar ke jalan dengan membawa kayu, pisau dan batang kayu untuk menentang penyokong antikerajaan yang bertempur dengan askar di jalan-jalan di Bangkok sepanjang hari ini.

Kira-kira 77 orang, termasuk 23 askar cedera.

Sungguhpun khabar angin menyatakan bahawa tentera akan menghantar anggotanya untuk menyuraikan pemprotes itu dari Rumah kerajaan, keadaan adalah tenang, dengan askar menghadang semua jalan menuju ke kawaan tersebut. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain