suria

77 cedera perusuh, tentera bertempur di Bangkok

BERTEMPUR... Tentera Thailand memantau kumpulan penunjuk perasaan di kawasan persimpangan utama di Bangkok awal pagi ini dengan tercetusnya pertempuran sehingga menyebabkan 68 orang cedera. _ AP
BERTEMPUR...  Tentera Thailand memantau kumpulan penunjuk perasaan di kawasan persimpangan utama di Bangkok awal pagi ini dengan tercetusnya pertempuran sehingga menyebabkan 68 orang cedera. _ AP
BERTEMPUR... Tentera Thailand memantau kumpulan penunjuk perasaan di kawasan persimpangan utama di Bangkok awal pagi ini dengan tercetusnya pertempuran sehingga menyebabkan 68 orang cedera. _ AP

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 77 penunjuk perasaan antikerajaan cedera apabila pihak tentera melepaskan tembakan dan gas pemedih mata dalam satu gerakan terhadap penunjuk perasaan yang diarah oleh Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.

Pertempuran awal pagi itu itu dibuat selepas spekulasi tersebar mengatakan pimpinan tingi tentera dan polis keberatan untuk menguatkuasakan perintah darurat yang diisytihar Abhisit pada Ahad, dan beberapa sumber mengatakan perdana menteri diberitahu oleh ketua angkatan tentera Anupong Paojinda supaya membubarkan parlimen bagi meredakan keadaan.

Abhisit sendiri hampir dibunuh oleh penunjuk perasaan yang marah ketika keluar dari kementerian dalam negeri pagi semalam, memaksa pihak tentera meletakkan pasukan berkawal di jalan-jalan raya berikutan penyokong bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra bersedia untuk melawan dan menghadapi segala kemungkinan.

Jurucakap kerajaan Thai Panithan Wattanayakorn memberitahu media bahawa tentera terpaksa menggunakan kekerasan selepas perundingan dengan penunjuk perasaan gagal dan mereka diserang dengan beberapa bom buatan sendiri.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok berkata sehingga kini tiada kematian dilapor dan semua yang cedera, termasuk akibat tembakan, dihantar ke beberapa hospital berhampiran.

Datuk Bandar Bangkok Sukhumbhand Paribatra membatalkan semua sambutan pesta Songkran di bandar itu, termasuk di kawasan Khao San yang popular dengan pelancong.

Bagaimanapun ramai pelancong dan penduduk menghadiri pesta di Silom beberapa jam sebelum pertembungan itu di Victory Monument.

Abhisit, yang menjadi perdana menteri pada Disember selepas ipar Thaksin Somchai Wongsawat dipecat dari jawatannya oleh mahkamah perlembagaan, bertindak selepas dimalukan penunjuk perasaan baju merah yang menyerbu lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 di Pattaya pada Sabtu dan memaksa ia dibatalkan.

Sebelum Abhisit mengumumkan darurat, jumlah mereka yang berada di Rumah Kerajaan berkurangan kepada kira-kira 2,000 orang daripada seramai 100,000 pada Rabu lalu berikutan ramai yang pulang untuk merayakan Songkran, tetapi meningkat kepada lebih 20,000 malam tadi.

"Kami bersedia untuk mati... senjata kami hanya kayu dan batu. Kami mahu demokrasi yang sebenar di negara ini, bukan tentera dan orang tua seperti Prem (Tinsulanonda) mengarah kami apa yang perlu dibuat," kata seorang penunjuk perasaan yang hanya dikenali sebagai Tor, ketika ditemui di Royal Plaza.

Thaksin mendakwa Prem yang merupakan bekas perdana menteri sebagai perancang penyingkirannya pada 19 September 2006.

Penunjuk perasaan mengumpulkan kayu dan batu untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan, manakala sekatan jalan raya dibuat sepanjang jalan ke Rumah Kerajaan, tempat pemimpin bergilirgilir menghentam Abhisit dan menuntut beliau meletak jawatan.

Beratus-ratus polis rusuhan dan tentera bersenjata mengawal kawasan yang menempatkan pentadbiran negara itu, dengan kebanyakan mereka berkawal di simpang menghala ke Chitralada Palace.

"Tolong jangan guna kekerasan terhadap kami, kita semua rakyat Thai," kata seorang penunjuk perasaan wanita ketika menghulurkan beberapa mangkuk bubur nasi kepada polis antirusuhan di persimpangan menghala ke rumah Prem.

Pihak berkuasa dilapor menghentikan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan tren selepas penunjuk perasaan merampas lebih 20 bas dan menghalang jalan dan landasan kereta api bagi menghalang sebarang tindakan daripada pasukan keselamatan.

Kebanyakan pusat membeli-belah di bandar ini masih ditutup hari ini berikutan orang ramai bertindak menjauhi pusat bandar.

BERITA TERDAHULU

BANGKOK: Tentera Thailand melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok, mencederakan kira-kira 68 orang awal pagi ini.

Langkah itu sebahagian daripada usaha menguatkuasakan perintah darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva semalam.

Pertempuran itu merupakan yang pertama paling serius sejak bermulanya tunjuk perasaan berterusan dan tercetus sehari selepas bekas Perdana Menteri digulingkan, Thaksin Shinawatra mendesak digerakkan satu revolusi.

Kumpulan penunjuk perasaan membaling molotov cocktail dan batu apabila tentera bertindak untuk meleraikan mereka dari kawasan persimpangan di ibu negara Thailand ini.

Mereka berhimpun di kawasan tersebut sejak petang semalam mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Abhisit mengeluarkan perintah darurat di Bangkok dan kawasan-kawasan sekitar semalam bagi menangani protes berterusan - sehari selepas tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 di Pattaya ditangguhkan.

"Pihak tentera telah memulakan operasi meleraikan penunjuk perasaaan di persimpangan Din Daeng," kata jurucakap tentera Kol. Sunsern Kaewkumnerd kepada AFP.

Beliau mengesahkan tentera telah menggunakan gas pemedih mata sambil menambah bahawa penunjuk perasaan telah cuba merempuh tentera dengan sebuah kereta.

Suasana huru-hara tercetus selepas pihak berkuasa menahan bekas penyanyi pop yang juga ketua kumpulan penunjuk perasaan Arisman Pongreungrong ditahan di rumahnya di sini atas tuduhan menghasut penunjuk perasaan menculik Perdana Menteri selain menyebabkan kacau-bilau.

Petang semalam Thailand mengerahkan ratusan anggota tentera hari ini di lebih 50 kawasan di ibu negara ini bagi membantu polis menguatkuasakan perintah darurat.

Sansern memberitahu stesen televisyen TNN bahawa kehadiran anggota tentera hanya untuk membantu pasukan polis dan meminta penduduk supaya tidak panik dengan langkah itu.

"Sudah tentu kami tidak melakukan sebarang rampasan kuasa," katanya.

Petikan klip televisyen yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anggota tentera meronda di bawah jambatan berdekatan kompleks membelibelah Central World dan Pathumnam tetapi akhbar harian 'Nation' melaporkan penunjuk perasaan anti kerajaan berjaya merampas dua kereta kebal berhampiran pusat membeli belah Siam Paragon.

Abhisit mengumumkan perintah darurat di Bangkok dan lima wilayah berdekatan bagi membendung kegiatan penunjuk perasaan yang memaksa pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 di Pattaya semalam.

Beberapa stesen televisyen juga melaporkan bahawa penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang memakai baju merah, sedang berarak ke rumah Abhisit dan timbalannya Suthep Thaugsuban di sini. _ Agensi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Abshisit enggan berundur

Artikel Lain