suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua perusuh sebabkan Sidang ASEAN dibatal ditahan

Ketua penunjuk perasaan antikerajaan Arisman Pongruengrong (tiga dari kiri) mengetuai kumpulan penunjuk ke arah lokasi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 di Pattaya semalam. _ AP

BANGKOK: Polis Thai hari ini menahan ketua kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan yang merusuh di Pattya sehingga menyebabkan Sidang Kemuncak ASEAN ditangguhkan semalam.

Menurut polis, Arisman Pongreungrong, yang juga seorang bekas penyanyi pop, ditahan di rumahnya di sini selepas kembali dari Pattaya.

"Polis telah pergi ke rumah Arisman Pongreungrong untuk menahannya atas dakwaan menghasut penunjuk perasaan menculik Perdana Menteri dan menyebabkan huru-hara dalam negara," kata jurucakap polis.

Jurucakap polis memberitahu, Arisman telah bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menahannya dan membawa dia kepada balai polis di kawasan pinggir Bangkok untuk disoal siasat.

"Akan ada lagi penahanan tetapi buat masa sekarang polis sedang mengumpulkan bukti," kata jurucakap itu. _ Agensi

Artikel Lain