suria

Setiausaha Agung ASEAN rayu tamatkan rusuhan di Thailand

JAKARTA: ASEAN merayu agar rusuhan di Thailand ditamatkan secepat mungkin berikutan kekacauan yang disebabkan penyokong baju merah yang memaksa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 dan berkaitan ditangguhkan, yang dijadual berlangsung dari Jumaat lepas hingga Ahad lalu.

Setiausaha Agung ASEAN Dr Surin Pitsuwan berkata, beliau sendiri yang merupakan rakyat Thailand, berkata penangguhan sidang kemuncak itu berlaku ketika dunia sedang melihat ke arah ASEAN dan Asia Timur untuk menyumbang kepada penyelesaian krisis kewangan dan ekonomi.

"Para pemimpin dijangka membincangkan pelanpelan untuk menangani krisis itu berikutan Sidang Kemuncak G20 di London pada 2 dan 3 April lepas," kata beliau.

Merayu agar satu penyelesaian aman kepada rusuhan itu, katanya, "Ia untuk kepentingan 570 juta penduduk ASEAN, para pemimpin ASEAN dan Asia Timur mampu untuk bersama-sama membincang dan berusaha menghadapi banyak cabaran dan usaha yang kini dihadapi dunia," katanya dalam kenyataan di sini.

Ramai yang terbabit dengan cabaran ini, dan adalah penting bahawa kita jangan membiarkan usaha itu siasia dengan merugikan orang ramai, katanya.

Menyifatkan huruhara Sabtu lepas, akhbar the Bangkok Post pada muka depannya menyatakan 'menghancurkan' katanya ia satu hari yang amat memalukan negara, di mana imej antarabangsanya tercemar dengan pengepungan tempat berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN + 6 dan penangguhan forum itu yang memalukan.

Surin yang bekerja keras untuk memastikan sidang kemuncak itu berjaya, berkata para pemimpin ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan sepatutnya membincangkan caracara dan respon bersama untuk meningkatkan ekonomi rantau pada mesyuarat di Pattaya.

Mereka juga menggalakkan satu keputusan awal Multilaterisasi Inisiatif Chiang Mai (CMIM) oleh menteri kewangannya, yang telah diperluaskan kepada AS$120 bilion berikutan mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN ke-13 di Pattaya.

"Penangguhan itu juga melewatkan majlis menandatangani Perjanjian Pelaburan ASEAN-China serta perbincangan mengenai isu yang lebih penting lain bahawa dunia kini menghadapi antara lain keselamatan tenaga dan pengurusan malapetaka," tambah beliau.

Pada Februari, dalam jawapan kepada Bernama mengenai situasi politik ketika itu di Thailand akan menjejaskan ASEAN, beliau berkata, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 ketika itu dijadualkan semula dan diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac di Hua Hin.

"Sebelum ini, kerana situasi politik tahun lepas, Thailand tidak dapat menandatangani dan mengesahkan beberapa perjanjian antarabangsa berkaitan ASEAN. Dengan kini kerajaan baru (Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva), proses itu telah mula ditandatangani dan mengesahkan perjanjian ini pada Sidang Kemuncak ASEAN," katanya ketika itu.

Mengenai insiden itu menjejaskan jiran ASEAN boleh ditangani dalam semangat ASEAN, Surin, bekas menteri luar Thai berkata: "Kita perlu mengingatkan diri kita bahawa kita bukan hanya rakyat negara kita sendiri, kita juga warga ASEAN, di mana kita tinggal sebelah menyebelah dan masalah bagi sebuah negara boleh membabitkan negara lain."

"Kita perlu mengiktiraf ini dan bekerja secara harmoni untuk menangani masalah bersama," tambah beliau.

Pada soalan lain mengenai masa hadapan Thailand, Surin berkata bahawa secara peribadi beliau memikirkan negara itu banyak untuk ditawarkan.

"Pelancongan sahaja, Thailand boleh berjaya lagi, malahan sumber lain yang negara itu ada. Saya lihat masa hadapan Thailand cerah dan untuk anggota ASEAN lain," kata beliau.

Kerajaan Thailand semalam, mengisytiharkan ibu negara, Bangkok dan lima wilayah berhampiran dalam keadaan darurat, dalam usaha membanteras rusuhan antikerajaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Abshisit enggan berundur

Artikel Lain