suria

Kesudahan tak dijangka bagi Najib di Pattaya

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ditanya wartawan mengenai perkembangan senario politik Thailand ketika sidang media dengan wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 dan sidang berkaitannya terpaksa dibatalkan apabila penunjuk perasaan menyerbu tempat persidangan itu hari ini. -- fotoBERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ditanya wartawan mengenai perkembangan senario politik Thailand ketika sidang media dengan wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 dan sidang berkaitannya terpaksa dibatalkan apabila penunjuk perasaan menyerbu tempat persidangan itu hari ini. -- fotoBERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ditanya wartawan mengenai perkembangan senario politik Thailand ketika sidang media dengan wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 dan sidang berkaitannya terpaksa dibatalkan apabila penunjuk perasaan menyerbu tempat persidangan itu hari ini. -- fotoBERNAMA

PATTAYA: "Satu kesudahan yang tidak dijangka", begitulah gambaran yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penangguhan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan apabila beliau mengadakan sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya mengenai apa yang dilaluinya hari ini, Perdana Menteri berkata: "Ia satu hari yang mengecewakan. Saya sudah tentunya bersedia untuk bertemu mereka (para pemimpin lain pada sidang kemuncak berkenaan)."

"Saya berasa tidak sabar untuk menemui mereka.

"Malangnya, pertemuan itu tidak dapat diadakan. Kami tidak pasti apa yang akan berlaku selepas itu, jadi saya berada dalam keadaan tertanyatanya," katanya.

Najib berkata, beliau diberitahu mengenai penangguhan berkenaan pada tengah hari.

Ketika kekalutan itu berlaku, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed sedang menikmati jamuan tengah hari berhadapan tempat persidangan Royal Cliff Beach Hotel.

Seorang pegawai Malaysia yang turut hadir berkata mereka melihat ramai anggota tentera bersenjata memasuki dewan jamuan.

"Ketika ditanya apakah yang sedang berlaku, rakyat Thailand (yang berada di situ) dengan yakin menyatakan bahawa anggota tentera itu ingin makan tengah hari," katanya, yang kemudian menjelaskan bahawa tentera berkenaan sebenarnya dihantar untuk memberikan kawalan keselamatan lebih ketat kepada anggota delegasi.

Ditanya sama ada beliau melihat penunjuk perasaan, Najib yang menginap di tingkat lima Royal Cliff Grand Hotel and Spa, berkata beliau tidak dapat menyaksikan apaapa dari bilik penginapannya.

Pada masa yang sama, pegawai keselamatan beberapa pemimpin kelihatan kelam-kabut di hotel itu membuat persediaan alternatif bagi memindahkan pemimpin mereka jika keadaan memerlukan.

"Saya diberitahu mereka (penunjuk perasaan) berjaya memasuki lobi hotel dan keadaan di bawah kacau-bilau.

"Pengawal keselamatan saya memberitahu saya tidak boleh turun kerana saya ingin sangat turun dan melihat apa yang berlaku," kata Najib.

Najib, ketika ditanya sama ada beliau akan menggunakan helikopter atau bot untuk keluar dari resort itu, beliau berkata tidak.

"Saya akan menggunakan jalan biasa... dengan menaiki kereta (ke lapangan terbang)," kata Najib, yang kelihatan tenang walaupun terpaksa melalui pengalaman getir sidang kemuncak yang akhirnya terpaksa ditangguhkan.

Ditanya mengenai risiko yang akan dihadapinya jika Thailand mengadakan semula sidang kemuncak berkenaan, beliau berkata, "risikonya adalah sama bagi semua pemimpin dan bukannya terhadap beliau seorang."

"Saya pasti mereka (Thailand) akan mengambil kira pengalaman sidang kemuncak di Pattaya ini dan akan membuat persiapan sewajarnya," kata beliau.

Najib berkata, kerajaan Thailand telah membuat keputusan untuk menangguhkan persidanganpersidangan itu kerana keadaan tidak mengizinkan sidang kemuncak diteruskan.

"Kami semua memahami keadaan yang dihadapi, adalah satu yang di luar jangkaan mereka dan dalam keadaan yang telah berlaku ini maka adalah lebih penting demi keselamatan pemimpinpemimpin ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India untuk tidak meneruskan persidangan itu dan mengambil langkah untuk membolehkan mereka balik dengan selamat.

Ketetapan dibuat juga supaya persidangan itu dapat diadakan pada satu masa yang akan dimaklumkan nanti.

Najib, apabila ditanya sama ada penangguhan persidangan berkenaan akan menjejaskan ASEAN, berkata sebab penangguhan itu adalah soal dalaman dan tidak menjejaskan semangat ASEAN yang masih kuat dan kukuh untuk semua negara anggota.

Apabila China dan Jepun berlumbalumba untuk menambah sumbangan masingmasing dalam Inisiatif Chiang Mai, Perdana Menteri berkata, itu adalah satu gambaran bahawa ASEAN sebagai satu gagasan, satu bentuk mekanisma kerjasama serantau yang sangat berdaya maju.

Katanya, ASEAN masih boleh menuju kepada matlamat untuk mewujudkan satu komuniti Asean pada 2015. BERNAMA

Artikel Lain