suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penunjuk perasaan "Baju Merah" Berkerumun Di Sidang Kemuncak Asean

PATTAYA: Ratusan penunjuk perasaan berkerumun di hadapan pintu masuk venue pengajuran Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan yang lain tengah hari ini.

Selepas melumpuhkan Bangkok semalam, para penunjuk perasaan yang berpakaian tshirt merah datang dengan pembesar suara yang diletakkan di atas lori menghalang jalan utama menuju ke Royal Cliff Beach Resort dalam satu cubaan untuk mengganggu sidang kemuncak berkenaan.

Penunjuk perasaan berbaju merah, yang berpihak kepada bekas perdana menteri digulingkan Thaksin Shinawatra, mendesak supaya Perdana Menteri sekarang, Abhisit Vejjajiva meletak jawatan.

Penunjuk perasaan yang menamakan gerakan mereka sebagai "Great Masses of the RedShirt People" (Gerakan Besar Rakyat Berbaju Merah) menyifatkan tindakan mereka sebagai sah di sisi undang-undang terhadap sebuah kerajaan haram.

Selain Bangkok, kumpulan penunjuk perasaan turut berdemonstrasi di 21 wilayah lain, kebanyakan di utara dan timur laut Thailand semalam.

Abhisit ketika ini berada di dalam hotel tetapi kehadiran penunjuk perasaan boleh menggendalakan sidang kemuncak berkenaan.

Kesemua 15 pemimpin asing dijangka tiba lewat hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain