suria

Polis tugaskan 20,860 anggota kawal pilihan raya di Jakarta

JAKARTA: Polis Metropolitan Jakarta akan menugaskan 20,860 pegawai bagi menjaga keselamatan semasa pemilihan umum legislatif (Pemilu) di pusat pengundian yang akan berlangsung dari 7 pagi hingga 12 tengah hari esok.

Pasukan polis akan menjaga keselamatan di 38,824 pusat pengundian di Jakarta Tengah, Jakarta Utara (termasuk Kepulauan Seribu), Jakarta Barat, Jakarta Selatan dan Jakarta Timur, kata jurucakap Ibu Pejabat Polis Metropolitan Jakarta Pesuruhjaya Kanan Adjung Chryshnanda.

"Anggota polis di pusat pengundian akan bekerjasama dengan pelbagai parti yang mempunyai kaitan dengan Pemilu," kata Chryshnanda yang dipetik oleh agensi berita Antara, hari ini.

Beliau berkata Polis Metropolitan Jakarta akan dibantu oleh 34,040 anggota agensi perlindungan umum dan kakitangan dari wilayah Jawa Barat serta Banten.

Sementara itu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan keluarga akan melaksanakan tugas mereka sebagai warga negara dalam Pemilu 2009 dengan mengundi di Puri Cikeas, di Bogor, Jawa Barat.

Naib Presiden, Muhammad Jusuf Kalla dan keluarga pula akan mengundi di pusat pengundian Taman Karawang Menteng, Jakarta Tengah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain