Jenazah 18 komando TNIAU nahas fokker dihantar pulang - Dunia | mStar

Jenazah 18 komando TNIAU nahas fokker dihantar pulang

BANDUNG: Semua 18 jenazah komando Tentera Nasional IndonesiaAngkatan Udara (TNIAU) yang terbunuh dalam nahas pesawat Fokker 27 semalam, diterbangkan pulang ke kampung masing-masing hari ini.

Ketua Penerangan Kor Pasukan Khas (Paskhas) TNIAU, Lt Kol Ahmad Nairiza berkata jenazah mereka diterbangkan dengan tiga pesawat ke wilayah Yogyakarta, Madiun, Surabaya, Makasar serta Padang dan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Tujuh jenazah diterbangkan ke Yogyakarta, tiga jenazah ke Madiun, empat jenazah ke Surabaya, tiga jenazah ke Makasar dan satu jenazah ke Padang.

Daripada enam anak kapal yang turut terbunuh dalam kejadian kirakira 1 tengah hari dalam hujan lebat di Lapangan terbang di sini, lima dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.

Juruterbang pesawat malang itu pula dikebumikan di kampung halamannya di Desa Ababi, sekitar 90 kilometer ke timur laut Denpasar di Bali, lapor agensi berita Antara dari Bali. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain