suria

OIC anjur forum antarabangsa mengenai krisis kewangan

DUBAI: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) merancang untuk menganjurkan forum antarabangsa mengenai krisis kewangan global beberapa bulan lagi.

Setiausaha agungnya Prof Ekmeleddin Ihsanoglu berkata krisis itu membimbangkan semua negara anggota OIC, sekretariat umum dan badanbadan di bawahnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Ke32 Suruhanjaya Islam bagi hal Ehwal Ekonomi, Kebudayaan dan Sosial (ICECSA) selama tiga hari yang bermula di Jeddah pada Sabtu.

Kata beliau negara anggota OIC perlu menyemak semula dasar dalam dan luar negara masingmasing serta memberi fokus terhadap kerjasama ekonomi dan sosial bagi memperkukuhkan pasaran tempatan masing-masing, sejajar dengan suasana baru yang wujud berikutan kejatuhan ekonomi global.

Beliau juga menegaskan tentang pentingnya diperkukuhkan hubungan ekonomi kerana ia merupakan hubungan paling erat antara pelbagai kepentingan rakyat.

Mesyuarat ICECSA, yang merupakan pembuka jalan bagi Mesyuarat Ke36 Majlis Menterimenteri Luar (CFM) Negara Anggota OIC, akan menilai draf keputusan tentang pelbagai laporan sebelum membentangkannya pada CFM akan datang, yang dijadual diadakan di Damsyik, Syria, dari 23 hingga 25 Mei ini.

Anggota biro yang dipilih pada mesyuarat ICECSA Ke32 terdiri daripada Syria, sebagai presiden dan tiga naib presiden Malaysia, Palestin dan Guinea. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain