suria

Pemberontak Thai salah guna hak asasi Amnesy International

BANGKOK: Amnesty International (AI) hari ini menggesa tindakan segera bagi mengakhiri serangan terhadap orang awam oleh pemberontak bersenjata di wilayah bergolak selatan Thailand, yang majoriti penduduknya beragama Islam, yang semakin banyak berlaku sejak kebelakangan ini.

AI dalam satu kenyataan hari ini berkata pemberontak mensasarkan beberapa serangan mereka kepada pasukan keselamatan Thailand, dan yang lainnya kepada orang awam yang dianggap bekerjasama atau bergabung dengan pihak berkuasa.

"Mereka juga menjalankan serangan secara melulu yang menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang awam. Serangan kepada orang awam ini menyalahi undangundang dan tidak boleh diterima," katanya.

Menurut AI, selepas insiden keganasan dan kematian di wilayah selatan itu berkurangan pada 2008, pemberontak jelas cuba menonjolkan diri semula pada 2009, dengan serangan pada 2009 menampakkan kekejaman mereka begitu ketara, termasuk sekurangkurangnya lima disahkan dipenggal kepada mereka.

"Hakikat bahawa orang awam sengaja disasarkan hampir setiap masa menunjukkan pemberontak di selatan Thailand gagal mematuhi prinsipprinsip kemanusiaan yang paling asas," katany.

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah kembali dengan kempen bersenjata mereka pada Januari 2004 untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah majoriti orang Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala yang diilhak oleh Thailand sedekad yang lalu.

AI berkata pemberontak perlu mematuhi standard minimum kemanusiaan yang digariskan dalam undangundang kemanusiaan antarabangsa, termasuk peruntukan melarang sasaran serangan kepada orang awam dan serangan melulu selain keperluan untuk melayan mereka yang ditawan dengan perikemanusiaan.

Ia mengambil contoh beberapa pembunuhan dalam tiga bulan pertama tahun ini, termasuk pembunuhan bekas guru agama Islam, pejuang hak asasi manusia, seorang guru dan dua penoreh getah.

AI juga berkata walaupun ia mengiktiraf sepenuhnya bahawa kerajaan Thailand mempunyai hak dan tugas untuk melindungi orang awam di wilayah selatan sebagai kempen menangani pemberontak, pihak berkuasa perlu meminda Seksyen 14 Dekri Darurat, yang memberikan imuniti daripada pendakwaan kepada para pegawai bagi pencabulan hak asasi manusia termasuk penderaan.

Walaupun keputusan pada Disember 2008 dalam inkues bedah siasat kes kematian imam Yapha Kaseng yang dalam tahanan mendedahkan penderaaan yang menyebabkan kematian itu, kerajaan belum lagi melakukan pendakwaan terhadap pihak yang melakukannya, kata AI. BERNAMA

Artikel Lain