suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiausaha Agung OIC minta waspada pengnyahundian Al-Quds

DUBAI:Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu meningatkan tentang kempen hebat "pengyahudian" Baitulmaqdis.

Berucap pada perasmian Sidang Kemuncak Arab ke-21 di Doha, beliau berkata kempen Yahudi itu bertujuan menghapuskan segala ciri Arab dan Islam dan merobohkan rumah-rumah.

Situasi di Baitulmaqdis memerlukan pendirian tegas dan waras, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau menyebut tentang lawatannya barubaru ini ke Semenanjug Gaza di mana beliau melihat tahap kemusnahan dan kerosakan besar menerusi keganasan Israel.

Keganasan terhadap Gaza, katanya, ditunjukkan menerusi jenayah perang yang tidak boleh dinafikan, jenayah terhadap kemanusiaan dan penggunaan senjata yang dilarang masyarakat antarabangsa.

"Adalah menjadi tugas kita hari ini bergabung tenaga untuk merujukkan pelaku jenayah ini ke mahkamah khas antarabangsa dan mempercepat pembinaan semula Gaza demi meringankan penderitaan rakyat di sana," kata setiausaha agung OIC itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain