suria

Penyokong Thaksin mula tawan Rumah Kerajaan

Para protes anti-kerajaan tidka hiraukan amaran kerajaan, terus menyerang polis di luar rumah kerajaan dalams atu insiden hari ini. Lebih 20,000 para protes memakai baju T-merah telah berarak ke rumah Perdana Menteri.
Para protes anti-kerajaan tidka hiraukan amaran kerajaan, terus menyerang polis di luar rumah kerajaan dalams atu insiden hari ini. Lebih 20,000 para protes memakai baju T-merah telah berarak ke rumah Perdana Menteri.
Para protes anti-kerajaan tidka hiraukan amaran kerajaan, terus menyerang polis di luar rumah kerajaan dalams atu insiden hari ini. Lebih 20,000 para protes memakai baju T-merah telah berarak ke rumah Perdana Menteri.

BANGKOK: Beribu-ribu penyokong Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra menawan Rumah Kerajaan pada Khamis dalam satu lagi percubaan terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Abhisit Vejjajiva yang baru berusia tiga bulan.

Penunjuk perasaan berbaju merah, berarak dari Sanam Luang yang terletak beberapa kilometer dari sini, menuju ke pusat pentadbiran negara, enam hari selepas sekutu Thaksin dalam parti Puea Thai gagal memperoleh cukup sokongan dalam usul tidak percaya mereka terhadap Abhisit di Parlimen.

Penyokong Perikatan Demokrasi Bersekutu Menentang Diktator (UDAD) berbaju merah telah menganjurkan demonstrasi serupa sebulan yang lepas di Rumah Kerajaan dan berharap untuk berada lebih lama di sekitar kompleks Pejabat Perdana Menteri.

Abhisit, yang mengelak daripada datang ke pejabat hari ini, berikrar untuk tidak mengisytiharkan darurat di ibu negara ini bagi menangani penunjuk perasaan.

Sebaliknya Abhisit mengarahkan kira-kira 10,000 anggota polis dan tentera supaya mengawal Rumah Kerajaan serta menghalang mereka daripada menawan kompleks itu seperti yang dilakukan oleh pergerakan anti Thaksin, Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) pada Ogos tahun lepas.

Bercakap dari sebuah pentas sementara di atas sebuah trak, pemimpin UDAD Natthawut Saikua berkata penunjuk perasaan akan terus berada di situ sehinggalah Abhisit meletak jawatan, namun menafikan mereka merancang menawan pejabat Perdana Menteri.

Thaksin, yang hidup dalam buangan di luar negara, dijangka berucap kepada perhimpunan itu menerusi telefon yang mempunyai hubungan video malam ini, sama seperti panggilan yang dibuatnya sejak beberapa minggu lepas kepada penyokong di kubu kuatnya di wilayah utara dan timur laut.

Beliau mendakwa Presiden Majlis Privi Jeneral Prem Tinsulanonda dan anggota majlis privi yang lain terbabit dalam rampasan kuasa oleh tentera pada September, 2006 yang membawa kepada penyingkiran beliau.

Terdahulu, pemimpin UDAD mendakwa penyokong mereka dari pedalaman, dihalang oleh pihak berkuasa daripada melakukan perjalanan ke ibu negara.

Penunjuk perasaan itu mendesak kerajaan supaya membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya baru, memandangkan mereka mendakwa Abhisit tidak mempunyai kesahan.

Beliau memegang kuasa selepas ipar Thaksin, Somchai Wongsawat terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri berikutan keputusan mahkamah yang mengharamkan partinya, Parti Kuasa Rakyat pada Disember lepas.

Tunjuk perasaan hari ini diadakan ketika tentera yang mendapat sokongan kuat Abhisit, terus memperkukuhkan kedudukannya, mengagihkan cek bernilai 2,000 baht setiap satu kepada 7.5 juta penduduk yang memperoleh pendapatan kurang daripada 15,000 baht sebulan di bawah pakej rangsangan ekonomi bagi membantu mereka berdepan dengan krisis ekonomi semasa.

Kerajaan menganggarkan terdapat lebih sejuta warga Thai yang akan hilang pekerjaan menjelang hujung tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan penurunan mendadak dalam eksport ke pasaran utama di Amerika Syarikat dan Eropah. BERNAMA

Artikel Lain