suria

Abhisit - Hun Sen bincang redakan ketegangan di sempadan

BANGKOK: Ekoran ketegangan yang semakin memuncak di sepanjang sempadan Si Sa Ket selepas kematian empat tentera dalam satu pertempuran pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva dan rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen akan mengadakan perbincangan di luar Sidang Kemuncak Asia Timur minggu depan.

Dalam ucapan mingguannya menerusi televisyen, Abhisit berkata beliau akan membangkitkan perkara itu bagi mencari penyelesaian kepada konflik yang bermula tahun lepas setelah Kemboja meneruskan rancangannya untuk menyenaraikan kuil purba Preah Vihear sebagai tapak Warisan Dunia meskipun dibantah oleh Thailand.

Abhisit berkata beliau dan timbalannya Suthep Thaugsuban sering berhubung dengan rakan sejawatan mereka dari Kemboja bagi meredakan ketegangan, sambil menambah keduadua negara telah pun bersetuju membenarkan Suruhanjaya Bersama ThaiKemboja mengenai Penandaan Sempadan Darat (JBC) untuk berunding dan menyelesaikan isu berkenaan.

JBC dijangka bermesyuarat di Phnom Penh pada Isnin.

"Kini saya percaya keadaan semakin baik. Saya akan membawa isu ini ke mesyuarat Asean+3 dan + 6 di Pattaya," kata Abhisit, yang turut berdepan tekanan hebat dari dalam negara apabila penyokong Perdana Menteri yang disingkirkan Thaksin Shinawatra merancang perhimpunan besarbesaran di ibu kota bagi menyingkirkannya.

Jurucakap Parti Demokrat pimpinan Abhisit, Theptai Senapong malah mendakwa bahawa Thaksin, yang tinggal dalam buangan sejak penyingkirannya, kecuali tempoh singkat semasa beliau kembali ke tanah air, kini bersembunyi di Kemboja.

Abhisiit berkata sungguhpun masalah itu wujud sejak beberapa dekad lepas, namun ia menjadi semakin serius selepas Kemboja menawarkan kuil itu sebagai tapak Warisan Dunia dan diluluskan oleh Unesco.

Para pegawai berkata keadaan adalah tenang dan tiada kejadian terbaru berbalas tembakan atau letupan bom.

Panglima Tentera Jeneral Anupong Paochinda berkata insiden itu ekoran "salah faham" selepas tentera dari keduadua pihak yang bertugas di kawasan sempadan yang dipertikaikan itu menyangka pihak yang satu lagi telah mencerobohi kawasan mereka.

Jurucakap Kementerian Luar Tharit Charungvat berkata pertempuran pada Jumaat berlaku ekoran insiden apabila seorang tentera Thai terpijak periuk api yang dipercayai ditanam barubaru ini, mengakibatkan kakinya parah.

Susulan kejadian itu, tentera Thai melawat ke tempat letupan bagi menyiasat insiden berkenaan dan kemudian bertembung dengan 20 tentera Kemboja yang mencerobohi kawasan itu yang berada dalam wilayah Thai.

Thai menegaskan bahawa tentera kedua-dua pihak terbabit dalam pertempuran di di kawasan Phu Makhua yang berada di bawah kedaulatan Thai. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain