suria

Tunjuk perasaan memuncak, Thailand isytihar cuti umum

PATTAYA: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan esok adalah hari cuti umum di negara itu berikutan ribuan tunjuk perasaan anti-kerajaan terus berhimpun di kota raya Bangkok sehingga melumpukan pergerakan lalulintas hari ini.

Dalam ucapan di televisyen malam ini, Abhisit yang sedang hebat menerima tekanan berkata langkah mengumumkan cuti umum adalah ekoran kekacauan lalulintas yang menyebabkan ribuan orang terkandas.

Ribuan pemandu teski menghadang laluan ke Monumen Kejayaan yang sentiasa sibuk di ibu kota Bangkok.

Dengan pengumuman tersebut, rakyat Thai akan memperolehi cuti yang agak panjang kerana pada 13, 14 dan 15 April adalah juga cuti umum sempena perayaan Songkran.

Abhisit berkata lebih 100,000 orang sedang menunjuk perasaan hari ini berhampiran Rumah Kerajaan sementara kira-kira 30,000 masih berkhemah di situ.

"Kami akan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar undang-undang sementara bagi mereka yang menyertai tunjuk perasaan, tidak akan diambil tindakan," katanya.

Abhisit berkata beliau tidak akan meletak jawatan atau membubarkan Parlimen sebagai yang didesak oleh penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan.

Penunjuk perasaan pro Thaksin turut menancam untuk menggangu Sidang Kemuncak Asean 6 yang bermula di Pattaya hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain